Monday, November 14, 2016

Tony Roma's World First Lamb Ribs Eating Contest 2016

Percaya atau tak? Liz join contest makan2 ni, suami pon join. pengharapan? of coz rasa x menang tp harap husband menang.

So pertandingan makan ni di adakan di Mahkota Parade, Melaka pada 12 Nov 2016. Kita org join pertandingan ini secara tidak sengaja. Mula2 makan dia restoran Tony Roma's tiba2 manager diaorg approach tnya nk join x pertandingan makan lamb ribs. Eh ok gk tu kan so letak lah nama. dan terpilih pulak tu. Suami Isteri terpilih. tp si mmg hakikat kami, isteri dia kuat makan, suami dia kadang2 je kuat.

So biar Liz explain mengenai pertandingan makan Tony Roma's. So ini pertama kali di dunia yer pertandingan makan rusuk kambing aka Lamb rib's. Makanan dia beri kentang dan rusuk. perempuan 1 portion lelaki 2 portion. mesti habis kan dalam masa 10 minit. so peserta ada 10 org perempuan dan 10 org lelaki.

Seblom pertandingan dimulakan nk hilangkan debaran para peserta, Tony Roma's adakan pertandingan untuk para penonton maka Pepsi and fries contest. Hadiah sedap gk dengar Microwave oven nasib baik lah nk masuk yg makan lamb rib's klu x mak join je hahaha

Ok utk kategori wanita mmg gementar habis tak penah hidup join contest mcm ni. dan sebagai seorg yg chubby sedikit rendah diri haha... sbb kalau menang org ckp tgk badan lah, kalau kalah org kate cover lah tu.. haha confident level rendah huhuhu..

meh nk cerita pengalaman sikit, semasa pandang lamb ribs dan kentang dlm pinggan terasa dlm hati tak menang ni sure ada org lain lg laju. yes MC pon kire 3... 2... 1... start.... tiba2 tangan mcm ada parkinson, terkedek2 kutip kentang, kentang tu amik 4-6 batang calit sos sikit telan telan air sulam. telan telam sulam air daging x sentuh lagi. then dah tgl suku kentang br sentuh daging, org seblah dah tgl kentang je.. dan semua org bersorak utk org sebelah. dalam hati kalah ni.. sambil; tgn gigil2 koyakkan daging kambing tu then sumbat dlm mulut bersalam kentang. telan air. tiba2 en husband jeirt cepat2 sikit lg... Haaa sikit?? org seblah dah berdiri.. oh pressure berpeluh2 ni... try my hard telan2.. air air.. so daging terakhir husbnd jerit berdiri2.. trus berdiri dan tgn kiri kanan gigil2 koyakkan daging... telan dan gulp air... angkat tgn angkat tgn.. so angkat tgn.. yeay i won ... hahaha unbelievable
See relax and steady tp tangan parkinson haha seblah daging dh abis tgl kentang...

muka nervous.... ramai sgt org amik gmba.. see tgl tulang belulang jer... hihi

Abis je makanna semua amik gamba iols terasa mcm retis kejap.. siap utusan, metro, berita harian NST and taktau apa interview.. tp x dpt nk ckp byk2 sbb turn en. husband plak. nnt takde org amik gmba dia. portion untuk lelaki double portion dr perempuan.

En husband bersemangat nk habiskan.
See muka mmg semangat habis nk abiskan makanan.
 En husband x menang kalah tipis. dia xnk dgr petua bini dia abiskan kentang dlu. cause we hate kentang hahaha...
The winner of makan laju

Husband with his winning face. FB Like.
Suka en husband dpt adiah
Gmba dr utusan. untuk sokkabar lain gamba hidung je masuk
Anyway pengalaman yg amat seronok. serius happy mcm x sangka. apa pon next year cuba lagi kan. siapa sangka rezeki. tp kalau bolot lg malu lah hihi apa pon terima kasih kepada Tony Roma's mmg pengalaman baru sgt2 dan menyeronokkan.

Sunday, October 23, 2016

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi


 
Nasi Dagang Pak Malau, langkawi
 
Berkat menggoggle dan mencari kedai makan area Langkawi ni ada terbaca mengenai Nasi Dagang Pak Malau, even dah viral pon kat FB dan dah masuk TV3, so harus lah kita serbu kan.
 
Kedai makan Pak Malau terletak di Mukim Ulu Melaka, Klu dalam waze or gps xde nama kedai (rasa ada) korang wazekan aje ke Makan mahsuri. atau masjid Bukit Temin. Kedai pak Malau ni seblah kiri sebelum tiba ke makam mahsuri. kompom nampak. Klu nk confrim kan kedai buka ke nk tempat hubungi no ni 012-271 1977 (Pak Malau). Isnin tutup yer.
 
Masa kami tiba masih awal pagi mmg cantik sgt2 padi yg menghijau luas terbentang, meja tepi sawah x dpt duduk hujan tp jgn risau sini meja byk dan service pon cepat. kalau musim cuti sekolah pasti penuh so harap bersabar tunggu meja yer.
 
Pemandangan sawah padi dr Kedai Nasi Dagang Pak Malau
Harga makanan pon ok lah xde lah mahal sgt. kami berdua makan total RM37. maybe sbb kambing kan mahal. tp ok je
So harga makanan dgn nasi dagang pak malau
  • Kambing kurma RM15
  • Ayam kampung RM13
  • Ayam goreng rempah RM8
  • Ayam Gulai Rm7
  • Daging kerutub RM8
  • Ikan Gulai RM7 
 
Set kami kambing tu tambahan jer

Geram tak makan pagi2 sejuk2 sambil mengdap sawah padi menghijau.
 
Kaunter bayaran
 So cara kami masa tu terus order kaunter cepat dan mudah. bagitahu duduk di mana yer senang nak hanta makanan. kalau xnak order kat kaunter pon boleh duduk akt meja je nnt dia amik order. tp x boleh pula tgk lauk pauk yg ada kan.
Seblom ke destinasi seterusnya kami sempat posin g, atas tu Gunung Raya yer.
So makanan di sini mmg memuaskan. of coz next time akan serbu lg.

Saturday, October 22, 2016

Cuti-Cuti Malaysia Pulau Langkawi Part 3

Day 3, Pulau Langkawi, Kedah

Aktiviti kami pada hari ni mesti lah naik SkyCab atau nama malaysia dia kereta kabel terletak diterletak di Gunung Mat Chinchang, Langkawi, Kedah, Malaysia. So kalau nk guna GPS ke leh waze kan ke Oriental village, klu nk redah pon boleh banyak papan tanda. apa2 mesti melalui pantai kok.

Kitaorg kesini x sarapan pon budget nk sarapan kat Oriental village, byk kedai belom buka lebih kurang pukul 9.30 pagi, last2 pergi food court dia xde apa ada nasi lemak siap bungkus. garang pula pakcik tu. lapa makan je lah. so sarapan pagi tu rm5 jer. teh ais teh jalang hubby ckp susu je byk huhu.. lepas settle makan nk ke sky cab br nmpk kedai2 lain. xpe lah janji lapik perut kan.

Di kawasan Oriental Village ni ada SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata.Harga tiket untuk rakyat malaysia RM30. (dulu pergi rm15 sahaja). So semasa beli tiket kene tunjuk IC kalau tak harga dia RM45.

Entrance nk masuk ke skycab.
Masa beratur ni sebelum naik kereta kabel kita akan di sajikan dgn 3d movie naik roller coaster, mybe utk hilangkan gayat naik sky cab nanti.

Sky cab ni ada 3 station, base station, middle station dan top.

Telaga Tujuh
Dari atas kereta kabel kelihatan telaga tujuh yg kami panjat semlm, mmg agak tinggi yer. rasa2 mmg xkan naik lg lah. :P
Berhenti sekejap di middle station
Klu ikut hati dah lupe sepatut x perlu turun pon middle station tp ok je klu nk trun tgk kan.
nmpk kabus tebal memenuhi tu
Selepas middle station mmg kabus agak tebal yer. x nmpk apa2 dh. so xde lah rasa seram sejuk sgt. cume rasa sejuk nyaman je huhu
posing sket
Akhirnya kami tiba di tingkat yg teratas. yeah....
mangga love nama org2, dah mcm korea, jepun, bukit bendera :P
Walaupon agak kecewa tak dpt tgk pemandangan langsung tp sejuk sgt dgn kabus tebal
posing je lah.
Then kami plan nak ke sky bridge (jambatan tergantung) harga untuk ke sini sky trex RM5 dan sky Glider RM15. Tp hujung station di tutup sementara agak kecewa sedikit, kitaorg minum kat atas ni order nescafe and french toast pelapik perut. nasib baik sedap lah jugak. ramai berteduh sebab hujan turun. sementara tunggu kaunter sky bridge buka.
Minum sky cafe
Selepas emnunggu lebih kurang 30min lah kot kaunter sky bridge di buka kami decide amik sky glider memikirkan hujan yg turun takut trex jalan kaki bahaya. lepas ni next time akan guna sky trex je.
Posing jp atas sky glass ?sky bridge
Ok atas ni sejuk yg amat dan tak nmpk apa2 pon, duduk atas glas tu pon x nmpk apa tp terasa bergoyang2 yer jambatan ni ngilu rasa.

Lepas abis jalan di sini kami balik je terus perut berkeroncong, asik makan je kan? mana tak bertambah tembam. otw balik kami singgah di telaga harbour park, korang parking kereta di petronas. amik gamba kat yatch ni fefeeling naik yatch ok :P
alololo
OK masa ni dh pukul 2 petang, perut pon dh berkeroncong, igt nk cari kerabu bronok tp takut jauh, last pergi ke Restoran Jom Ikan Bakar,

Konsep dia air free, tp biasa lah air free air sirap dan teh o. Klu nak order air lain pon boleh.
Lauk mmg ada perbagai lauk. sbb agak lewat utk kami makan lauk pon x berapa nk byk sgt.

Jom Ikan Bakar

Lauk pauk Jom Ikan Bakar

Eh sengih pulak

Amik sotong bakar yumm yummm
So Hubby amik ikan semilang dan sy amik lauk daging kot dan sotong 2 ketul total harga lebih kurang RM24. so ok lah tu kan.

Lepas tu akmi trus balik ke hotel merehatkan badan penat tau. petang tu hubby ajak keluar semula ye lah esok dah balik, kejap je kan. rasa x puas lg. So kitaorg pergi makan laksa ikan sekoq lg. korang pilih jelah gerai mana rasa sama je.

i choose laksa ikan sekoq and pasemboq nyumm nyumm

Saje je order air kelapa bukan selalu minum kan sambil tgk kapal terbang mendarat. bestt
So total makan kat gerai ni RM19. ok lah takde mahal sgt dan xde murah sgt air kelapa kan off coz mahal.

Then selepas tu kitaorg ke telaga harbour park lg nk amik gamba tak puas. view sini sgt cantik dan tenang tak silap kaw pantai kok jugak. kitaorg amik gamba kat rumah api. cantik
The view from telaga harbour park

Hubby melayan amikg amba 360.
Ok mlm nye kami igt nk jln di pantai cenang tp masih awal so balik ke hotel, rehat pulul 9 keluar cari makan. kitaorg makan di restoran haji ramli, well rasa dia so-so je layanan pon nak taknak muka masa masa tu pon x ramai org pon ada 2 table je kami dtg jd 3 table. harga pon hampeh. siakap 100gm rm8, klu kat wan htai 100gm rm6.50. oh nnt sy review pasal makan di restoran haji ramli ni.

Friday, October 21, 2016

Restoran Seashells, Pantai Chenang, Langkawi

Restoran Seashells, Pantai Chenang, Langkawi

Kami tiba di petang di Langkawi, so selepas magrib terus tuju ke sini sebab penat x hilang lg. Teringin mencuba Restoran Seashells ni terletak di Laman padi, Pantai Cenang, Langkawi.

Saya senaraikan harga restoran seashells, Pantai Cenang, Pulau Langkawi (latest Oct'2016), saya senaraikan harga makanan restoran seashells untuk 2 pax, klu 3-4-5 pax sila refer gambar yer
  • Set Ayam Kampung (2Pax) RM45
  • Set Itik (2Pax) RM45
  • Set Daging (2Pax) RM40
  • Set Betis Kambing (2Pax) RM55
  • Set Ikan Siakap (2Pax) RM55
  • Steambot RM28/pax
  • Drink from RM2.50-RM28

Nasi Periuk Kukus Ayam Kampung
Nasi Periuk Kukus Itik
Nasi Periuk Kukus Ikan Siakap

 
SteamBoat

 
Drinks

View seashell ni mmg menarik but seriously not worth
Kami order set nasi kukus ikan siakap masak stim untuk makan malam kami, harga untuk 2pax ada lah RM55.
Set ikan siakap RM55 (NOT WORTH IT)

Mmg x berbaloi langsung makan sini, esok nya makan di WanThai (ikan siakap, kerabu mangga, telur dada) lauk pon byk br RM52.
Set ikan siakap ini ada Nasi Sejuk Kejung Keras, Ikan Siakap masak air kosong, sup kosong, keropok lemau, ulan dah itam itam, sambal belacan peti ais. bukan nk kondem tp mmg x berbaloi korang byr mahal2 xkan nk makan mcm tu kan. so tempat ni mmg out lah.

Saya minta maaf bukan nk down kan tempat ni, sbb sy suka berjalan dan cari makanan jd amat kecewa di sini yer. apa pon. klu ada org nk mencuba x salah mungkin pada masa tersebut nasib saya kurang baik.

Thursday, October 20, 2016

Cuti-Cuti Malaysia Pulau Langkawi Part 2


Day 2 trip;
rise and shine, so destinasi hari ini mula2 sekali sarapan pagi.
Sarapan pagi kami di Nasi Dagang Pak Malau, suasana kat sini memang best sgt2... sejuk jer tambahan mlm tu hujan. kami tiba di gerai Nasi Dagang pak Malau lebih kurang 8.30pagi. jika tidak silap dia buka dari pukul 8 pg ke tgh hari. so nasib baik kami tiba awal org belom ramai lg. dpt port ok lah tepi kedai nk tgh sawah tapi hujan pula. So sebabkan kami lapar tambahan makanan mlm kami semlm tidak sedap so order nasi dagang ikan tongkol dan nasi dagang ayam goreng rempah. Tambahan Kambing 2 ketul. hehe..... korang leh guna GPS/waze ke Nasi Dagang Pak Malau je terus klu xde korang cari Makam Mahsuri sbb gerai pak Malau ni seblom sampai Makam Mahsuri.

Harga makanan pon ok lah xde lah mahal sgt. kami berdua makan total RM37. maybe sbb kambing kan mahal. tp ok je
So harga makanan dgn nasi dagang pak malau
  • Kambing kurma RM15
  • Ayam kampung RM13
  • Ayam goreng rempah RM8
  • Ayam Gulai Rm7
  • Daging kerutub RM8
  • Ikan Gulai RM7 
Sawah padi menghijau di Nasi Dagang pak Malau
Nampak x Daging Kambing dua ketul sedap... terasa lapar pula semasa menaip
  
harga makanan dan contact number
Lepas makan kitaorg igt nk pergi tgk makan mahsuri tp still tutup lg sbb awal pg lagi kan. jadi kitaorg decide pergi pekan kuah. seblom tu sempat singgah tepi jalan kat sawah area Pak Malau utk snap gmba.

selfie sikit
 So kami terus ke Pekan Kuah, husband 1st time melawat langkawi so harus wajib bawa dia ke dataran Lang aka Eagle square.
Saje suh dia posing mcm ni. luv u. huhuhu
 lepas dah abis snap snap gamba berpeluh2, kami terus pergi ke Kompleks HIG (Haji Ismail Group). x pergi pon kedai2 lama tu, igt nks inggah gk idaman suri semua tu panas, pastu hubby dh penat.. Kitaorg borong coklat kat sini.
berlakon jer ni, takde pon nk borong semua

Saje je jd model nutella.
 Settle beli belah kat sini kitaorg terus ke Nusantara Gamat pula. igt nkt gk tukang urut kat situ xde plak, sebab baca dari forum cari ada tukang urut di Nusantara Gamat yg boleh tahan hebat. tp x jumpa pon.
Proses pembuatan minyak gamat

Ramuan minyak gamat
 Beli la sebotol lotion kambing gamat nusantara, ok sgt blk tu sapu kat beliakt belakang sakit angkat beg tak hilang lg. pg je elok trus. Lepas dah abis tgk2 kat sini kitaorg balik hotel kejap letak coklat, kang letak lam keta cair plak kan.

Next destination, Air Terjun Temurun. dgr cerita nasib x baik musim panas air terjun ni kering. So nasib kitaorg pergi musim nak hujan dan hujang.
Seriously view yg sgt cantik dan segar.

Air Terjun Temurun


Excited nk naik, nasib x tinggi

Cantik kan? Air terjun temurun

Xde bekal kita makan nutella go! je

Sejuk mata memandang sejuk kaki mencelup :p
 Tempat kedua kitaorg melawat 7 well atau telaga tujuh. Ok yang ni sila kumpul stamina anda step dia lebih 500 steps.
Telaga Tujuh

Ni br half way nk keatas ok

cantik kat view dr atas, boleh nmpk cable car dr sini.

perut tu dia bising makin maju. :P

Actually gmba nk turun bukan naik. naik dia mmg tinggalkan Liz jauh. tak larat.... mmg merangkak jd hahaha turun pulak lutu tangkap.
 Klu di banding kan temurun dan Telaga tujuh, Temurun mmg cantik gile2 punya. so sape2 sukakan air terjun sukakan nature silalah ke Temurun

Lepas abis kitaorg trus balik hotel penat yg amat. pelik dah sampai bilik x ngntuk pon. En husbnd tdo senang jer. sakti hati plak hihi. Kul 5 kejut dia ajak pergi Pekan Kuah semula nk tgk pasar malam pekan kuah dan makan di Restoran Wan Thai.
Pasar Malam Pekan Kuah
 Pasar malam xde apa sgt makanan pon biasa je cari cempedak goreng xde pon. huhu last beli satay kambign makan dlm kereta lapar kan :P
Kemudian trus ke Restoran Wan Thai, penuh patut kene reserved kitaorg main serbu jer, nasib baik ada meje reserved tp org tu lmbt lg nk dtg. jd rezeki kami lah.
Kekonok lah ni :p

Restoran Wan Thai

Kami order Siakap 3 rasa, KErabu mangga dan Telur dadar

Pulut mangga pon ada uols
 Harga makan kat sini lg murah berbanding tempat semlm kami pergi lagi berbaloi RM52. seriously mmg puas hati cuma jauh lah dr pantai cenang. kat pantai cenang lupakan lah mmg mahal semua nya huhu..

End of day 2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...